Thursday, February 18, 2016

Mengurangi Tekanan Darah Tinggi Atau Hipertensi

tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi sering `diabaikan' oleh ramai orang kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya. Oleh itu sangat penting untuk pesakit mengurangi tekanan darah tinggi bagi meminimakan risiko lebih serius.

Maka, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah di klinik ataupun buat pemeriksaan di hospital.

Tekanan darah tinggi atau juga di namakan 'Hipertensi' merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali. 

tekanan darah tinggi


Darah tinggi atau Hipertensi boleh ditangani tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup seperti mengawal berat badan, mengurangkan pengambilan garam, kurangkan pengambilan alkohol dan kafein, melakukan senaman secara kerap serta amalkan pemakanan sihat seperti lebihkan makanan berfiber, sayuran, buahan dan kurangkan makanan yang tinggi kolesterol. 

Pengambilan makanan tambahan seperti minyak kelapa dara juga boleh membantu pesakit darah tinggi. Ini kerana terdapat testimoni pesakit yang mengambil suplemen ini dapat mengurangi tekanan darah tinggi. Namun begitu, ianya hanya cadangan untuk mencuba suplemen kerana setiap orang mempunyai 'keserasian' yang tidak sama dengan penawar atau ubatan. Sesetengah orang pula tidak serasi dengan pengambilan minyak kelapa dara dan setengah orang lain pula berkesan (serasi).  

0 comments:

Post a Comment