Wednesday, February 24, 2016

Pisang Merah

pisang merah
Pisang Raja Udang


Pisang Merah adalah sumber potasium yang baik. Satu pisang ukuran sedang mengandung 400 mg, memenuhi 11 peratus dari nilai harian yang anda perlukan. Kalium adalah mineral dan elektrolit. Anda perlu asupan kalium yang memadai untuk keseimbangan cairan dan elektrolit. Anda juga perlu kalium untuk fungsi jantung, kontraksi otot dan pencernaan.

Kandungan kalium buah ini mampu menurunkan tekanan darah, menjaga kesihatan jantung, dan melancarkan pengiriman oksigen ke otak.  

Selain itu, pisang juga sangat baik bagi ibu yang mengandung. Kandungan  folat di dalamnya mudah diserap oleh janin, juga baik bagi perkembangan sistem saraf janin. Selain itu, pisang juga dapat dijadikan sumber kekuatan tenaga karana mengandungi gula yang dapat diubah kepada sumber tenaga dan dapat menghilangkan rasa lelah.

Pisang Merah juga sumber vitamin B6. Vitamin B6 adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk metabolisme protein dan metabolisme sel darah merah. Vitamin B6 baik untuk membuat haemoglobin atau, protein yang mengandung zat besi dalam sel darah merah yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen. Kekurangan vitamin B-6 dapat menyebabkan anemia. Pisang merah memenuhi 20% keperluan harian vitamin B-6. Pisang Merah juga mempunyai kandungan vitamin C.

Thursday, February 18, 2016

Mengurangi Tekanan Darah Tinggi Atau Hipertensi

tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi sering `diabaikan' oleh ramai orang kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya. Oleh itu sangat penting untuk pesakit mengurangi tekanan darah tinggi bagi meminimakan risiko lebih serius.

Maka, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah di klinik ataupun buat pemeriksaan di hospital.

Tekanan darah tinggi atau juga di namakan 'Hipertensi' merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali. 

tekanan darah tinggi


Darah tinggi atau Hipertensi boleh ditangani tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup seperti mengawal berat badan, mengurangkan pengambilan garam, kurangkan pengambilan alkohol dan kafein, melakukan senaman secara kerap serta amalkan pemakanan sihat seperti lebihkan makanan berfiber, sayuran, buahan dan kurangkan makanan yang tinggi kolesterol. 

Pengambilan makanan tambahan seperti minyak kelapa dara juga boleh membantu pesakit darah tinggi. Ini kerana terdapat testimoni pesakit yang mengambil suplemen ini dapat mengurangi tekanan darah tinggi. Namun begitu, ianya hanya cadangan untuk mencuba suplemen kerana setiap orang mempunyai 'keserasian' yang tidak sama dengan penawar atau ubatan. Sesetengah orang pula tidak serasi dengan pengambilan minyak kelapa dara dan setengah orang lain pula berkesan (serasi).  

Wednesday, February 17, 2016

Antara Nikmat Syurga

nikmat syurga

BAYAN SYURGA

1. Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

2. Kenikmatan syurga tak pernah didengar oleh mana-mana telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)
~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

6. Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore takleh ukur keluasan syurga.

7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, takyah dok ligan dan jeles sangat dengan orang kafir.

10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya.

11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

13. "Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'

18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu spesial; Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.
Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

20. Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"
Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.
Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami. Setiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

21. Antara nikmat dalam syurga  dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan.

23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:
"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"
"Tiada apa-apa ya Allah."
"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."
Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.
Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.

WaAllahu'alam..mohon pembetulan jika ada kesilapan.

Tuesday, February 16, 2016

Surau Al-Hidayah Rawang

surau al hidayah Rawang

Surau Al-Hidayah Rawang  merupakan surau terawal di pekan Rawang dan masih kekal ciri pembinaan dari bahan papan kayu. Namun kini banyak bahagian papannya terpaksa diganti kerana telah dimakan anai-anai. Proses pembaikan masih dilakukan secara kecilan oleh pihak pengurusan surau memandangkan dana surau yang tidak mencukupi. Cuma bahagian atas surau yang tak boleh digunakan kerana terdapat banyak papannya yang rosak.

Majlis ilmu di Surau Al-Hidayah tetap aktif setiap bulan dan diharapkan ramai anak-anak kariah dapat mengikutinya dalam meningkatkan pengetahuan agama dan menegakkan syiar Islam. 

Antara kitab pengajian di Surau Al-Hidayah, kitab Tasawuf yang di kuliahkan oleh Al Fadhil Ustaz Wan Nor.




Perarakan sempena mengingati Maulidur Rasul oleh Kariah Surau Al-Hidayah bersama surau-surau lain pada 12 Rabiulawal 1437H yang berada di dalam pentadbiran Masjid Nurul Iman Rawang Selangor.